Mendengar

Topik : Sumbangan pada masyarakat - 27 Febuari 2013

Para pelajar arif budiman,

Sila tonton rancangan Tekad Episod 2.

Kamu dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut:

1.  Mengapakah Kashif Edwards ingin bekerja?
2.  Bagaimana penggunaan media sosial telah membantu merealisasikan impian Kashif?
3.  Sebagai seorang pelajar di SST, apakah yang kamu boleh lakukan untuk membantu golongan yang kurang upaya seperti Kashif?

Sila taipkan jawapan kamu seperti berikut :

Topik : Sumbangan pada masyarakat - 27 Feb 2013
Soalan 1 :
Soalan 2 :
Soalan 3 :


Terima kasih.

Salam mesra
Cg Azizah.Ahmad
____________________________________________________________



16 ulasan:

  1. Soalan 1 : Kashif Edwards ingin bekerja kerana dia mahu menggunakan gajinya untuk menolong orang yang kurang berupaya.

    Soalan 2 : Penggunaan media sosial telah membantu merealisasikan impian Kashif kerana telah dapat ‘berjumpa’ dengan orang yang menghadapi celebral palsy. Selain itu, dia juga bergabung dengan badan-badan untuk memungut dana. Oleh kerana itu, badan-badan telah menolongnya untuk merealisasikan impiannya.

    Soalan 3 : Sebagai seorang pelajar di SST, saya boleh membantu golongan yang kurang upaya seperti Kashif dengan melibatkan diri semasa sebuah kempen diadakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Fatin.

      Suatu pandangan yang matang. Semoga kita dapat terus memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan. Usaha murni kita, walau sekecil manapun, pasti akan memberi kesan yang positif pada mereka.

      Padam
  2. Soalan 1: Kashif Edwards ingin bekerja kerana dia inign mencari nafkah sendiri dan hidup berdikari. Dia tidak ingin menyusahkan keluarganya kerana kurang keupayaannya. Dia berharap dapat menyumbang kepada masyarakat dan golongan yang sama sepertinya.

    Soalan 2: Penggunaan media sosial telah membantu merealisasikan impian Kashif kerana ia adalah satu wadah dimana niat Kashif untuk membantu golongan sepertinya dapat disebarkan. Dengan media sosial seperti Facebook, dia dapat menubuhkan satu pergerakan kesedaran ataupun dikenali sebagai ‘I Am Speciable’ movement dengan bantuan abang sepupunya. Dengan acara ini, dia berharap bahawa pengguna Facebook dapat meningkatkan kesedaran mereka tentang penyakit celebral palsy dan menyumbang tenaga untuk menyertai acara-acara yang dianjurkan.

    Soalan 3: Sebagai seorang pelajar di SST, saya boleh menyumbangkan tenaga dan masa untuk membantu golongan yang kurang upaya seperti Kashif. Saya akan mengambil initiatif untuk menyertakan diri dalam acara-acara yang dianjurkan oleh ‘I Am Speciable’ movement. Untuk memberi sokongan yang teramat kepada pergerakan ini, saya bersama kawan-kawan yang lain akan melapangkan masa untuk menghadiri acara-acara seperti ini. Selain daripada memberi sokongan, saya juga akan mengenali lebih tentang celebral palsy dan bagaimana saya boleh membantu mereka yang mempunyai penyakit itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Nadiah.

      Suatu pandangan yang memberangsangkan. Semoga kita dapat terus memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan. Usaha murni kita, walau sekecil manapun, pasti akan memberi kesan yang positif pada mereka.

      Padam
  3. Soalan 1 : Dia bosan untuk hanya menetap di rumahnya, lalu mempunyai keinginan untuk menjadi ahli masyarakat yang menyumbang dan berguna. Dia ingin membaiki keadaannya dengan bekerja, dan juga supaya dapat menolong orang lain yang kurang berupaya sepertinya. Juga, dengan bekerja, dia juga dapat menganggap dirinya sebagai seorang yang biasa tanpa sebarang kecacatan sebagai alasan baginya.

    Soalan 2 : Dengan sosial media, ideanya dapat disebarkan dengan mudah dalam masa yang singkat tanpa terlalu banyak tenaga. Ia juga telah menolong Kashif merealisasikan yang dia bukan hanya seorang yang sedang mengalami penyakit "Celebral Palsy", tetapi lebih banyak lagi yang sama sepertinya. Ini telah memberinya motivasi untuk meneruskan usahanya untuk "Speciable Movement".

    Soalan 3 : Sebagai pelajar, kita tidak mempunyai kekuatan dari segi kewangan, tetapi kita tetap boleh menyertai acara-acara yang disediakan dengan menyumbang tenaga kita. Acara-acara yang diadakan seperti berbasikal beramai-ramai atau menolong mengutip derma.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Iskandar.

      Suatu pandangan yang bernas. Semoga kita dapat terus memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan. Usaha murni kita, walau sekecil manapun, pasti akan memberi kesan yang positif pada mereka.

      Padam
  4. Topik : Sumbangan pada masyarakat - 27 Feb 2013

    Soalan 1: Kashif Edwards ingin bekerja kerana dia mahu mencari nafkah untuk membantu orang yang senasibnya.

    Soalan 2: Media sosial telah membantu menyebarkan informasi mengenai pergerakan yang diadakan. Ia juga telah meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penyakit celebral palsy.

    Soalan 3: Sebagai seorang pelajar di SST, saya boleh menyumbangkan masa dan tenaga untuk meningkatkan kesedaran komuniti di sekolah saya mengenai kecacatan yang berbeza. Sebagai contoh, menganjurkan acara mengenai kepentingan bersifat bertimbang rasa dan wujudnya perasaan empati. Melalui acara itu, perasaan empati terhadap mereka yang kurang berupaya dapat dijana dengan menjalankan lawatan di tempat-tempat di mana mereka menjalani terapi pemulihan. Selain itu, peraduan projek untuk mencadangkan cara-cara bagi menyumbang kepada komuniti juga dapat diadakan. Melalui acara-acara yang berkenaan dengan perasaan empati, para pelajar yang lain tidak akan sahaja meningkatkan kesedaran tentang kecacatan yang berlainan tetapi juga masalah-masalah lain yang tetap membelenggu masyarakat kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Nur Nadiah.

      Suatu pandangan yang memberangsangkan. Semoga kita dapat terus memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan. Usaha murni kita, walau sekecil manapun, pasti akan memberi kesan yang positif pada mereka.

      Padam
  5. Topik : Sumbangan pada masyarakat - 27 Feb 2013

    Soalan 1 : Kashif Edwards ingin bekerja kerana dia mempunyai hasrat untuk berdikari mencari nafkah hidup dan menjadi seorang anggota masyarakat yang menyumbang, serta dia ingin membantu mereka yang mempunyai keadaan sepertinya.

    Soalan 2 : Impian Kashif telah direalisasikan dengan penggunaan media sosial, khususnya Facebook, dengan meningkatkan kesedaran tentang celebral palsy melalui laman kumpulan di wadah tersebut dan menyebarkan Gerakan ‘I Am Speciable’ hinggakan mendapatkan perhatian khalayak ramai seperti netizen-netizen dan wartawan-wartawan berita tempatan.

    Soalan 3 : Sebagai seorang pelajar di SST, saya boleh menyumbang tenaga dengan menjadi sukarelawan bagi menyelaraskan acara-acara yang diadakan untuk golongan yang kurang berupaya seperti Kashif seperti Gerakan ‘I Am Speciable’. Selain daripada itu, saya juga boleh memberi sumbangan dari segi masa untuk meningkatkan kesedaran masyarakat sekolah tentang orang yang kurang berupaya tetapi yang masih mempunyai keunikan dan kebolehan. Dengan meningkatkan kesedaran, mereka akan lebih bertimbang rasa kepada golongan yang kurang berupaya, serta tidak memandang rendah kepada mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Norul.

      Suatu pandangan yang matang. Semoga kita dapat terus memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan. Usaha murni kita, walau sekecil manapun, pasti akan memberi kesan yang positif pada mereka.

      Padam
  6. Topik : Sumbangan pada masyarakat - 27 Feb 2013

    Soalan 1 :
    Kashif Edwards ingin bekerja kerana dia ingin menyumbang kepada masyarakat, terutama sekali membantu mereka yang mempunyai kondisi 'celebral palsy'. Tambahan pula, Kashif tidak ingin bergantung kepada keluarganya untuk dalam isu kewangan; Kashif ingin hidup menggunakan duitnya sendiri kerana dia beranggap dirinya biasa sahaja dan tidak kecacatan.

    Soalan 2 :
    Penggunaan media sosial dapat menyebarkan kisah Kashif dengan begitu mudah dan pantas. Apalagi, penyokong 'I Am Speciable Movement' semakan menambah dengan pantas. Dengan penggunaan media sosial yang sangat berkuasa, impian Kashif untuk membantu masyarakat dengan menyumbang tenaga dan duitnya

    Soalan 3 :
    Pada pendapat saya, saya dapat membantu golongan yang kurang berupaya dengan menyumbang masa dan tenaga sebab jikalau saya dalam keadaan mereka, saya akan mendapat motivasi jikalau orang menyumbang tenaga untuk saya. Ini adalah kerana duit itu sesuatu materialistik. Jika sata kerap mendapat duit sahaja, tiada insentif untuk saya berasa gembira kerana duit, tidak seperti manusia, hanya berdiam sahaja. Duit itu boleh cepat hilang dan ia tidak akan meluahkan kata-kata perangsang supaya saya bersemangat, Itulah kerana saya rasakan sumbangan masa dan tenaga lebih penting kerana sumbangan mereka itu seperti lebih bermakna. Maka itulah sebab utama saya akan menyumbangkan masa dan tenaga saya.

    Meskipun sumbangan tenaga, masa dan duit penting, saya juga akan sumbangkan doa-doa kepada mereka, semoga keadaan mereka diperbaiki kerana keadaan mereka tidak akan menjadi baik selagi Illahi tidak membenarkannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Hakeem.

      Suatu pandangan yang matang. Semoga kita dapat terus memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan. Usaha murni kita, walau sekecil manapun, pasti akan memberi kesan yang positif pada mereka.

      Padam
  7. Kepada Ilya,

    Sila masukkan dapatan awak sekarang. Terima kasih.

    BalasPadam
  8. Topm=ik: Sumbangan Pada Maskyarakat - 27 Feb 2013

    Soalan 1: Kashif edwards ingin bekerja kerana dia inging menggunakan gajinya untuk membantu orang yang senasib dengannya, iaitu kondisi cerebral palsy.

    Soalan 2: Penggunaan nedia sosial telah membantu Kashif memulakan program "I am speciable" yang meningkat kesedaran tentang cerebral palsy. Dia dapat bergabung dengan pertubuhan dan mendapat sumbangan dan bantuan dari mereka. Dengan penggunaan Facebook, dia daoat menyebarkan hubungannya

    Soalan 3: Sebagai seorang pelajar di SST, saya rasa yang saya boleh menghulurkan tangan bagi membantu mereka yang kurang upaya. Pada pendapat saya, saya rasa yang saya dapat memberi sumbangan masa dan tenaga bagi membantu golongan tersebut. Saya juga rasa yang saya boleh menggunakan teknologi untuk meningkatkan kesedaran tentang golongan yang kurang berupaya ini dan mendapat bantuan daripada orang lain dan mengadakan pergerakan seperti pergerakan Kashif iaitu "I am speciable"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Ilya.

      Suatu pandangan yang baik. Semoga kita dapat terus memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan. Usaha murni kita, walau sekecil manapun, pasti akan memberi kesan yang positif pada mereka.

      Padam
  9. Topik : Sumbangan pada masyarakat - 27 Feb 2013

    Terima kasih atas sumbangan kamu semua.

    BalasPadam