Berfikir

Sesi Pengenalan (7 Januari 2013)

Para pelajar arif budiman,

Sila tonton video ini.
  • Pandangan 1 : Apakah mesej yang ingin disampaikan.
  • Pandangan 2 : Apakah kaitan mesej itu dalam hidup kamu?
Letakkan pandangan kamu di ruang 'Comment'.

Terima kasih. 

Cg Azizah.Ahmad

7 ulasan:

  1. Video ini memberi kita sesuatu situasi yang akan berlaku dalam hidup kita lebih dari sekali. Melalui contoh yang diberi di dalam cerita ini, iaitu jembatan yang telah roboh, hidup kita akan dihadapi pelbagai cabaran yang amat sukar. Walaupun begitu, kita harus membuka mata kita untuk memeliharakan suasana bagi solusi alternatif yang boleh kita gunakan. Ia tidak kira berapa susah cabaran itu, kerana yang penting, kita tidak memutus asa.

    Tambahan pula, cerita ini cuba menekankan kemahiran untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai senario sukar yang berbeza. Ini dapat dicontohi dalam video ini dengan semut-semut itu menukarkan "kapal terbang" mereka kepada sebuah "bot" supaya dapat menyesuaikan solusi mereka untuk mengatasi air tersebut.

    Akhirnya, ini menunjukkan bahawa kita patut menjadi fleksibel dalam fikiran kita dan jangan tumpukan semua tenaga kita kepada sesuatu cara untuk mencapai sesuatu, tetapi, kita patut menggunakan pelbagai cara yang berbeza. Kita juga harus membuat yang terbaik daripada sesuatu situasi, kerana kita tiada kuasa ke atas apa yang akan terjadi kepada kita, tetapi kita masih boleh menguasai bagaimana diri kita akan memberi balasan kepada sesuatu situasi.

    BalasPadam
  2. Pandangan 1: Apakah mesej yang ingin disampaikan?
    Saya rasa bahawa mesej yang ingin disampaikan adalah kepentingan bekerjasama dalam kumpulan apabila ingin mengatasi sesuatu masalah. Dengan cara itu, masalah yang dihadapi boleh diatasi dengan mudah kerana kekuatan setiap orang dapat dikenali.

    Pandangan 2: Apakah kaitan mesej itu dalam hidup kamu?
    Mesej tersebut amat relevan sama ada dalam kehidupan saya sebagai seorang murid ataupun seseorang ahli keluarga. Ia amat penting untuk bekerjasama dengan rakan-rakan saya apabila membuat sesuatu tugasan agar setiap orang dapat mempelajari sesuatu. Selain itu, sebagai ahli keluarga, ia adalah tanggungjawab saya untuk memastikan perhubungan yang mesra di kalangan keluarga saya. Ia hanya boleh wujud melalui sikap bekerjasama.

    BalasPadam
  3. Pandangan 1: Apakah mesej yang ingin disampaikan.

    Pada pendapat saya, mesej yang ingin disampaikan oleh video ini ialah tentang pentingnya untuk bekerjasama dalam sebuah kumpulan untuk mencapai ataupun menyelesaikan sesuatu masalah.

    Pandangan 2 : Apakah kaitan mesej itu dalam hidup kamu?

    Mesej itu sangat berkaitan dalam hidup saya kerana saya adalah seorang 'ahli kumpulan' dalam keluarga saya dan juga kelas saya. Oleh kerana itu, saya harus bekerjasama bersama ibubapa dan adik beradik saya supaya semua urusan di rumah teratur. Manakala di dalam kelas, saya harus bekerjasama bersama rakan sedarjah saya supaya kami dapat mencapai impian kami.

    BalasPadam
  4. Pandangan 1 : Apakah mesej yang ingin disampaikan.

    Mesej yang ingin disampaikan adalah betapa pentingnya untuk kita mengadaptasikan diri apabila kita menghadapi situasi yang mencabar. Kita harus menyesuaikan diri kepada situasi lalu memikirkan cara-cara yang inovatif serta realistik bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

    Ada kalanya di mana idea kita akan gagal. Malah, kegagalan memberikan peluang bagi kita memperbaiki idea kita. Kita tidak patut berputus asa dan harus tetap berjuang untuk mencapai kejayaan.

    --
    Pandangan 2 : Apakah kaitan mesej itu dalam hidup kamu?

    Mesej itu mempunyai kaitan dalam kehidupan saya kerana sebagai seorang pelajar, saya tidak patut berputus asa apabila menghadapi situasi yang mencabar dan tidak pernah dialami. Tambahan pula, dalam zaman yang serba moden dan sentiasa berubah ini, saya harus sentiasa menyesuaikan diri.

    BalasPadam
  5. Mesej yang ingin disampaikan oleh video ini adalah kami semua akan menghadapi cabaran yang kecil beserta yang besar. Apa yang penting adalah sebagai seorang ketua, untuk sentiasa tenang dalam fikiran meskipun situasinya mencabar. Sebagai contoh, dalam video tersebut, apabila ketua semut menyuruh semut-semut lain untuk membina sesuatu mengguna sehelai kertas, dia haruslah tahu apa yang dia inginkan mereka lakukan. Jika dia terlalu panik, segala keputusan yang dibuatnya bukanlah yang terbaik dan ia mungkin membahayakan kumpulan semut itu.

    Tambahan pula, meskipun kami menghadapi cabaran dan penyelesaian kami adalah sesuatu yang kami kurang yakin, kami masih patut mengatasi masalah tersebut kerana ia tidak berguna jika tiada kemajuan. Dalam video di atas, kumpulan semut tersebut turut menaiki kapal terbang hasilan mereka walaupun barangkali mereka tidak berpengalaman. Sungguhpun kita tidak berjaya, peristiwa tersebut sepatutnya menjadi pengajaran bagi kami. Dalam masa depan, kami boleh mengguna pengalaman ini untuk mencari jalan penyelesaian yang lebih elok, selamat dan berkesan.

    Akhirnya, sebagai seorang ketua kumpulan, kami haruslah sentiasa yakin akan segala keputusan kami kerana pengikut-pengikut kami bergantung pada kami untuk membuat kesimpulan. Seandainya kita tidak yakin, pengikut kami turut tidak akan yakin dan kami menjadi seorang ketua yang kurang efektif. Dalam video yang baru sahaja ditonton, ketua semut itu haruslah yakin apabila membuat pilihan. Contohnya, semasa mereka cuba menyeberang mengguna batang kayu yang lemah itu. Batang tersebut retak lalu ketua tersebut menyruh semut-semut lain untuk ke belakang. Lagi satu ketika adalah bila mereka menaiki kapal terbang tersebut. Jikalau ketua itu tidak yakin, kumpulan semut itu tidak dapat keluar dari sana kerana mereka tidak percaya mereka akan berjaya

    BalasPadam
  6. Terima kasih atas sumbangan awak. Saya hargai setiap pandangan yang diberi.

    BalasPadam
  7. Pandangan 1 : Apakah mesej yang ingin disampaikan.

    Pada pendapat saya, saya rasa mesej yang ingin disampaikan adalah bekerjasama dalam sesuatu masyarakat adalah penting untuk menyelesaikan sesuatu pekerjaan ataupun masalah. Kita juga harus mengambil risiko dan berani untuk mencuba perkara yang baru dalam kehidupan. Selain itu, seseorang harus berani untuk menjadi ketua dan tampil ke hadapan untuk mengetuai sesuatu perlaksanaan.

    Pandangan 2 : Apakah kaitan mesej itu dalam hidup kamu?

    Mesej ini mempunyai kaitan dalam kehidupan saya kerana sebagai seorang pelajar, saya harus berani untuk tampil ke hadapan dan memberikan cadangan. Saya juga harus berani mengambil risiko yang baru dan menghadapi segala cabaran.

    BalasPadam