Bahasa

Topik : Sumbangan pada masyarakat (1 Mac 2013)

Para pelajar arif budiman,

Guru akan memberikan teks-teks berikut.  Sila baca ketiga-tiga teks bacaan tersebut.





Kemudian, kamu dikehendaki mengaplikasikan sekurang-kurangnya dua peribahasa yang sesuai dalam konteks penulisan.  Kamu boleh merujuk pada tajuk-tajuk penulisan ini.

Penulisan

  • Deskriptif - Kamu mengenali seorang rakan maya.  Setelah mengenalinya lebih rapat, kamu dapati beliau adalah golongan orang kurang upaya.  Sebagai rakan maya yang prihatin, kamu ingin membantunya.  Ceritakan bagaimana kamu membantu rakan maya kamu itu.
  • Ekspositori - Golongan kurang upaya sering dipinggirkan.  Bincangkan.
  • Naratif - Tuliskan sebuah cerita tentang seorang remaja kurang upaya yang menjadi inspirasi masyarakat.


Peribahasa-peribahasa yang dipilih perlulah disertakan dengan penjelasan daripada teks yang diberi.  Kamu boleh merujuk pada contoh yang diberi.

Contoh jawapan :
1.  Peribahasa - genggam bara api biar sampai jadi arang
Penjelasan :  Cik Suhana mempunyai cita-cita untuk membantu dirinya serta keluarganya.  Beliau tidak mudah putus asa walaupun beliau mempunyai kesukaran dalam pergerakan.  Sekarang beliau mampu berdikari dan mula berniaga secara kecil-kecilan.  Saya kagum dengan keupayaan Cik Suhana dalam mengharungi segala cabaran semata-mata ingin berdikari.  Sikapnya boleh diibaratkan seperti genggam bara api biar sampai jadi arang.



Cara menjawab di ruang komen :
Penulisan Karangan Deskriptif/Ekspositori/Naratif

Bahagian Permulaan/Isi/Penutup
1.  Peribahasa -
Penjelasan -

Bahagian Permulaan/Isi/Penutup
2.  Peribahasa -
Penjelasan -


___________________________________________________________

Tugasan ini perlu diselesaikan sebelum 9 malam, 6 Mac 2013.

Terima kasih.

Salam mesra
Cg Azizah.Ahmad

____________________________________________________________


Topik : Golongan Kata : Kata Nama & Frasa Nama

Para pelajar arif budiman,

Sila tonton video ini.  Kamu dikehendaki membuat aktiviti secara berpasangan/berkumpulan.



15 ulasan:

  1. Penulisan Karangan Ekspositori

    Bahagian Penutup
    1.  Peribahasa - Bagai langau di ekor gajah
    Penjelasan - Pada pendapat saya, semua orang di dalam masyarakat patut menggembleng tenaga untuk menolong orang yang kurang upaya. Malah, mereka tidak patut dipinggirkan. Mereka juga manusia seperti kami. Pastinya, jika kami tidak mahu menjadi bagai langau di ekor gajah, mereka tidak mahunya juga. Dengan itu, kami patut menolong mereka untuk meningkatkan kemahiran mereka di dalam sebuah bidang supaya mereka dapat berdikari.

    Bahagian Permulaan
    2.  Peribahasa - Sedencing bagai besi, seciap bagai ayam
    Penjelasan - Berita Harian - 6 Mac 2013. Sedencing bagai besi, seciap bagai ayam merupakan prinsip kehidupan seorang remaja, Adam Mukhriz, yang berumur 16 tahun. Adiknya, Aliya Mukhriz, yang berumur 10 tahun merupakan seorang penghidap cerebal palsy. Oleh kerana itu, Adam sering berada di sisi adiknya supaya mereka dapat melakukan apa sahaja yang diingini oleh adiknya bersama-sama. Walaupun ia adalah sebuah tanggungjawab yang amat berat bagi Adam untuk selalu membuat sesuatu bersama adiknya dia tekad untuk memenuhi perjanjiannya kepada ibunya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Fatin.

      Suatu usaha yang boleh diterapkan dalam penulisan. Sila gunakan contoh-contoh ini sebagai panduan. Cuma ada bahagian-bahagian struktur bahasa yang perlu diperbaiki.

      Padam
  2. Bahagian Isi
    1. Peribahasa - Umpama air digenggam tiada tiris
    Penjelasan - Pada zaman ini di mana daya saingan semakin hangat, lebih ramai orang yang mengutamakan diri mereka untuk memastikan kemajuan diri sendiri. Oleh kerana itu, terdapat lebih ramai orang yang bersikap umpama air digenggam tiada tiris apabila melihat mereka yang kurang upaya. Tambahan pula, ada juga yang akan berasa jijik apabila berinteraksi dengan mereka. Mereka langsung tidak menunjukkan perasaan empati terhadap golongan yang kurang bernasib baik malah menghina dan memandang rendah kebolehan mereka. Oleh sebab itu, golongan kurang upaya tidak diberikan peluang yang sama seperti orang yang sempurna secara fizikal. Akibatnya, mereka sering dipinggirkan.

    Bahagian Penutup
    2. Peribahasa - Seperti embun di hujung rumput
    Penjelasan - Walau bagaimanapun, kita tidak patut mempunyai perasaan bahawa kita lebih berkebolehan jika dibandingkan dengan golongan yang kurang upaya kerana setiap perkara yang terdapat di dalam kehidupan kita boleh hilang dengan segera seperti embun di hujung rumput. Kita tidak akan tahu jika kita juga akan kehilangan kebolehan kita untuk bergerak seperti biasa. Kita harus menghargai setiap perkara di dalam kehidupan kita, termasuk mereka yang kurang upaya kerana potensi mereka mungkin menyelebihi potensi diri kita sendiri. Walaupun ia tidak salah untuk mengutamakan diri sendiri, ia tidak bermakna kita boleh meminggirkan golongan kurang upaya kerana mereka tetap manusia seperti setiap orang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Nur Nadiah.

      Suatu usaha yang boleh diterapkan dalam penulisan. Sila gunakan contoh-contoh ini sebagai panduan. Cuma ada bahagian-bahagian struktur bahasa yang perlu diperbaiki.

      Padam
  3. Penulisan Karangan Naratif:

    1. Bahagian Penutup
    Peribahasa - Asal besi pengapak kayu, asal emas menjadi penduk

    Cik Suhana bekerja keras untuk mencapai impiannya. Dia tidak mempedulikan apa-apa pun yang dikatakan orang lain. Jika tiada sesiapa yang ingin menolongnya, dia masih akan tentu bercuba. Akhirnya, tanpa keinginan, tiada sesiapapun yang boleh ke mana-mana kecuali apabila diri kita sendiri yang mulakannya, kerana asal besi pengapak kayu, asal emas menjadi penduk.

    2. Bahagian Isi
    Peribahasa: Berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul

    "Berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul," mengucap Nur Adilah, wartawan yang melaporkan cerita tentang kisah Cik Suhana yang menyedihkan. Dia memerhatikan Cik Suhana menyediakan bahan-bahan untuk kek "Brownie" yang melakukannya tanpa memberi alasan. Ia amat susah untuk Cik Suhana lakukan kerja tersebut, tetapi dia tetap masih lakukannya sebab keinginannya untuk berjaya lebih kuat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Iskandar.

      Suatu usaha yang boleh diterapkan dalam penulisan. Sila gunakan contoh-contoh ini sebagai panduan. Cuma ada bahagian-bahagian struktur bahasa yang perlu diperbaiki.

      Padam
  4. Penulisan Karangan Ekspositori

    Bahagian Isi
    1. Peribahasa - tukang tidak membuang kayu
    Penjelasan - Golongan kurang upaya memang sering dipinggirkan masyarakat atas sebab andaian bahawa kekurangan mereka itu menghindarkan mereka daripada menjalankan kehidupan biasa. Namun begitu, mereka yang kurang upaya tetap mempunyai kebolehan dan kelebihan tertentu yang dapat membantu mereka berdikari mencari nafkah. Kita pula tidak patut berfikiran sempit dan mengetepikan mereka hanya kerana mereka kurang upaya; tukang tidak membuang kayu, malah ia wajar untuk kita membantu mereka mencapai potensi mereka.

    Bahagian Permulaan/Isi/Penutup
    2. Peribahasa - belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam
    Penjelasan - Ketidakadilan masyarakat pada golongan kurang upaya dapat dihentikan apabila mereka menyedari bahawa belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam. Seseorang yang termasuk dalam golongan tersebut dapat memainkan peranan dalam masyarakat apabila mereka diberikan peluang serta sokongan. Ia tidak mustahil untuk mereka membawa faedah kepada masyarakat dan ekonomi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Norul.

      Suatu usaha yang boleh diterapkan dalam penulisan. Sila gunakan contoh-contoh ini sebagai panduan.

      Padam
  5. Naratif - Tuliskan sebuah cerita tentang seorang remaja kurang upaya yang menjadi inspirasi masyarakat.


    Bahagian Permulaan

    1. Peribahasa:
    Bagai kerakap atas batu, hidup enggan mati tak mahu; orang buta kehilangan tongkat; terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau.

    Penjelasan:
    Hidup Suhana bagai kerakap atas batu, hidup enggan mati tak mahu. Penyakit cerebral palsy yang dihidapi Suhana membuatnya sukar mendapatkan pekerjaan sebab bukan sahaja pergerakan tangan dan tubuhnya meliuk-liuk, malahan pertuturannya tidak jelas. Kini, Suhana umpama orang buta kehilangan tongkat sebab hanya dia sahaja yang dapat menanggung perbelanjaan keluarganya. Abahnya dibuang kerja dan ibunya menjalani terapi bagi penyakit kencing manisnya. Tekanan kepada Suhana begitu kuat. Suhana seperti terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau.


    Bahagian Permulaan/Isi/Penutup

    2. Peribahasa:
    Seperti labah-labah cinta kepada telurnya; seperti pucuk yang layu disiram hujan; ringan tulang, berat perut.

    Penjelasan:
    Namun, cinta sayangnya kepada ibu bapanya yang bagaikan labah-labah cinta kepada telurnya memberinya motivasi untuk berusaha keras. Nasihat ibu bapanya masih segar dalam ingatannya.

    "Suhana ingat, Suhana harus berdikari demi menampung sisa hidup di alam ini. Ibu harapkan Suhana tidak berputus asa. Ibu tahu Suhana mempunyai semangat yang kuat," ibu Suhana berpesan.

    "Aku harus mengatasi segala kekurangan saya dan tidak akan menyerah kalah. Demi mencari rezeki keluargaku yang tersayang," hatinya yang kecil dan tekad berkata.

    Akhirnya, Suhana membuat pilihan untuk membakar kek sebab telah mengikuti kelas membuat kuih dan membakar kek yang Cef Siti. Lama-kelamaan, lebih ramai orang membuat tempahan. Mujurlah, Suhana telah menjumpa sebuah cara untuk menyara kehidupan keluarganya. Keadaan Suhana kini seperti pucuk yang layu disiram hujan. Suhana amat rajin dalam membakar keknya untuk memastikan mutu keknya setinggi mutu kek Cef Siti. Sifat ringan tulang berat perut inilah yang membuat Suhana berjaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Hakeem.

      Suatu usaha yang boleh diterapkan dalam penulisan. Sila gunakan contoh kedua ini sebagai panduan. Penggunaan peribahasa untuk contoh pertama tidak befgitu sesuai tapi gaya penulisan amat menarik. Selain itu, ada bahagian-bahagian struktur bahasa yang perlu diperbaiki.

      Padam
  6. Bahagian Isi:

    1. Peribahasa- Bodoh-bodoh sepat, tiada makan pancing emas.
    Penjelasan- Walaupun golongan kurang upaya mempunyai kelemahan yang agak ketara daripada manusia biasa, mereka masih pandai menggunakan akal mereka dan memilih yang baik daripada yang buruk. Sikap ini diibaratkan bodoh-bodoh sepat,tiada makan pancing emas. Walaupun mereka mempunyai kecacatan dari segi fizikal ataupun IQ yang rendah, mereka peka tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka dan bijak membuat keputusan yang bernas. Pada masa yang sama, mereka yang dilahirkan dengan sempurna menyalahgunakan akal mereka dan melakukan perkara yang melampaui batas.

    Bahagian Permulaan:

    Peribahasa - Bagai kerakap atas batu, hidup enggan mati tak mahu.
    Penjelasan- Berita Harian- 6 Mac 2013. Golongan kurang upaya kini akan dibantu oleh badan-badan bantu diri seperti Mendaki dan CDAC untuk membiayai kos pembelajaan mereka. Dengan bantuan daripada badan-badan tersebut, golongan kurang upaya tidak perlu lagi hidup bagai kerakap atas batu, hidup enggan mati tak mahu. Bantuan yang diberikan kepada golongan kurang upaya boleh memberi sinar harapan kepada mereka kerana masih ada mereka di luar sana yang membela kasihan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Nadiah.

      Suatu usaha yang boleh diterapkan dalam penulisan. Sila gunakan contoh-contoh ini sebagai panduan. Cuma ada bahagian-bahagian struktur bahasa yang perlu diperbaiki.

      Padam
  7. Penulisan Karangan Expositori

    Bahagian Isi:

    Peribahasa - Hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa
    Penjelasan - Walaupun Cik Suhana merupakan seorang daripada golongan kurang upaya, kami masih harus memberi hormat dan bantuan pada mereka. Kami akan mendapat pahala dan pada masa yang sama, kami dapat memperbaiki diri kami sendiri. Bak kata pepatah hidup katu berbuah, hidup manusia berjasa.

    Bahagian Isi:

    Peribahasa - Seperti melekut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi.
    Penjelasan - Setiap orang penting dalam masyarakat kerana memberi sumbangan. Cik Suhana dapat menyumbang pada masyarakat dengan perbuatan dan penjualan kueh-kuehnya. Dia dapat mencari naskah bagi dirinya dan juga untuk keluarganya. Oleh itu, Cik Suhana tidak patut dianggap seperti melekut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Ilya.

      Suatu usaha yang boleh diterapkan dalam penulisan. Sila gunakan contoh-contoh ini sebagai panduan. Cuma ada bahagian-bahagian struktur bahasa yang perlu diperbaiki.

      Padam
  8. Penulisan Karangan Deskriptif/Ekspositori/Naratif

    Terima kasih atas sumbangan kamu semua.

    BalasPadam