Selasa, 5 Februari 2013

Tugasan Topik: Ayat

Ayat Tunggal: Ilya
Ayat Majmuk Gabungan: Hakeem
Ayat Majmuk Campuran: Iskandar
Ayat Majmuk Pancangan: Fatin
Ayat Majmuk Pancangan Relatif: Norul
Ayat Majmuk Pancangan Komplemen: Nadiah
Ayat Majmuk Pancangan Keterangan: Nur Nadiah

13 ulasan:

  1. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen (Nadiah) :
    A) Penerangan : ayat utama yang dicantumkan dengan ayat kecil pelengkap untuk menjadikannnya satu ayat yang lengkap. Ayat kecil pelengkap sering dihubungkan dengan ayat utama dengan kata hubung 'bahawa' atau 'untuk'.
    B) Contoh: Sharif berpendapat bahawa kanak-kanak harus dididik tentang keselamatan jalan raya sejak kecil lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Nadiah.

      1. Penerangan yang jelas.
      2. Contoh yang baik. Ini boleh jadi lebih jelas jika ayat majmuk dilihat sebagai ayat tunggal sebelum disatukan.

      3. Contoh: Sharif berpendapat bahawa kanak-kanak harus dididik tentang keselamatan jalan raya sejak kecil lagi.
      - Ayat Tunggal (1) : Sharif berpendapat kanak-kanak harus dididik sejak kecil lagi.
      - Ayat Tunggal (2) : Sharif berpendapat tentang keselamatan jalan raya.

      Padam
  2. Ayat Majmuk Pancangan Relatif

    A. Penerangan:
    Ayat relatif terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama, dan satu atau lebih klausa terikat atau ayat kecil. Ayat kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat utama/predikat ayat utama dengan menggunakan kata hubung.

    B. Contoh:
    Kanak-kanak yang cedera itu rupa-rupanya anak Encik Azman.
    Jefri membeli novel Samad Said yang baru dipasarkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Norul.

      1. Penerangan yang jelas.
      2. Contoh yang baik. Ini boleh jadi lebih jelas jika ayat majmuk dilihat sebagai ayat tunggal sebelum disatukan.

      3. Contoh: Jefri membeli novel Samad Said yang baru dipasarkan
      - Ayat Tunggal (1) : Jefri membeli novel Samad Said.
      - Ayat Tunggal (2) : Novel Samad Said baru dipasarkan.

      Padam
  3. Ayat Majmuk Campuran:

    A. Penerangan:
    Ayat tersebut terdiri daripada lebih dari satu jenis ayat seperti ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan. Selalunya, ayat jenis ini panjang sebab terdapat beberapa klaus, iaitu subjek dan predikatnya.


    B. Contoh:
    Klausa utama (U) dan bilangannya dinomborkan; ayat kecil ditandakan 'K' dan bilangannya dinomborkan.

    Negara mengalami masalah ekonomi (U1) tetapi keadaannya bertambah baik (U2) apabila pertumbuhan eknomi mula berkembang semula (K1).
    (Ayat campuran ini terdiri daripada ayat gabungan dan ayat keterangan waktu; atau dua ayat utama dan satu ayat kecil.)


    Projek-projek besar kerajaan diharap menjana pertumbuhan ekonomi negara (U1) dengan meluaskan pekerjaan (K1) serta menggerakkan pelbagai sektor ekonomi pembinaan (K1) serta menggerakkan pelbagai sektor ekonomi pembinaan (K2) selain menyediakan infrastruktur negara (U2).
    (Ayat campuran yang terdiri daripada ayat gabungan beserta ayat keterangan cara).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Hakeem.

      1. Penerangan yang jelas.
      2. Contoh-contoh yang baik.

      Padam
  4. Ayat Majmuk Gabungan

    Definasi: Ia terdiri daripada dua ayat atau lebih yang disatukan/digabungkan dengan kata hubung (sambil, lalu, dan etc) untuk membentuk ayat majmuk.

    Contoh:

    Sebelum Digabung: Saya membeli buku. Saya membeli pena.
    Kata Hubung Gabungan: Dan
    Selepas Digabung: Saya membeli buku dan pena.

    Sebelum Digabung: Dia hidup susah. Ayah dan ibunya orang yang berada.
    Kata Hubung Gabungan: Padahal
    Selepas Digabung: Dia hidup susah, padahal, ayah dan ibunya orang yang berada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Iskandar.

      1. Penerangan yang jelas.
      2. Contoh-contoh yang baik.

      Padam
  5. Ayat Majmuk Pancangan

    A. Penerangan:

    Ia adalah sebuah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. Terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tidak bebas atau ayat kecil. Kata hubung digunakan supaya ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama.

    B. Contoh:

    Nadirah telah membeli novel Aisya Sofea yang baru dipasarkan.

    Nadirah telah membeli novel Aisya Sofea. Novel Aisya Sofea baru dipasarkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Fatin.

      1. Penerangan yang jelas.
      2. Contoh yang baik.
      3. Ayat Majmuk Pancangan : Nadirah telah membeli novel Aisya Sofea yang baru dipasarkan.
      Ayat Utama : Nadirah telah membeli novel Aisya Sofea.
      Ayat Kecil : Novel Aisya Sofea baru dipasarkan.

      Padam
  6. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

    Penerangan: Ayat majmuk yang mengandungi satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang menerang predikat. Ia terbahagi kepada enam jenis - keterangan akibat, musabab, syarat, waktu, pertentangan dan harapan.

    Contoh:
    Keterangan akibat - Hafiz terlalu terjejas dengan kematian ibunya sehingga prestasinya di sekolah semakin teruk.

    Keterangan musabab - Fiqah dimarahi gurunya kerana tidak menghantar tugasan pada masa yang ditetapkan.

    Keterangan syarat - Jika Tina cemerlang dalam peperiksaan hujung tahunnya, ibu bapanya akan mengikuti kehendaknya untuk berlancong di Jepun.

    Keterangan waktu - Sejak kelahiran adiknya, Syazana telah mempamerkan sikap bergotong-royong.

    Keterangan pertentangan - Walaupun keputusan peperiksaanya tidak memuaskan, Danish tetap berasa bangga atas peningkatannya dalam subjek Matematik.

    Keterangan harapan - Encik Hamid bekerja keras walaupun sudah tua supaya dia dapat menghantar semua anaknya ke universiti yang berprestij.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Nadiah.

      1. Penerangan yang jelas.
      2. Contoh-contoh yang baik.

      Padam
  7. Ayat Tunggal

    Penerangan: Ayat Tunggal dibina dengan menggunakan subjek dan predikat. Ayat Tunggal mempunyai satu idea sahaja. Ayat Tunggal boleh disusun dengan cara Biasa atau Songsang.

    Contoh Susunan Biasa Ayat Tunggal: Susila hendak membeli tepung

    Contoh Susunan Songsang Ayat Tunggal: Suka menonton filem Hindustan kakak saya.

    Dalam susunan songsang, predikat dalam ayat terletak di depan subjek.

    BalasPadam